Rujukan: ASNAF-B40-M40 /YW/09-2021
Tarikh: 1 April 2020
Saudara/ Saudari,
SESI TAPISAN BIASISWA PENGAJIAN TINGGI “SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR ASNAF, B40 DAN M40” DENGAN JAMINAN PEKERJAAN – SATU INISIATIF INSTITUSI BEKELULUSAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA.
Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Bermula pada tahun 2019, Yayasan Wadiah telah berkerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang mempunyai kelebihan dari segi lantikan sebagai panel dari Lembaga Pengurusan Asnaf/Fakir/Miskin/Mualaf dan dari sebuah Majlis Amanah bagi tujuan penyaluran Dermasiswa dan Skim pembiayaan pengajian tinggi kepada Pelajar Asnaf, B40 dan M40 di Selangor yang mempunyai kelayakan akademik untuk menyambung pengajian ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda berdasarkan pilihan pelajar sendiri.
02. Sehubungan dengan itu, kami Yayasan Wadiah dengan sukacitanya mengundang pelajar secara terbuka untuk menghadiri sesi tapisan secara tertutup biasiswa pengajian tinggi negara anjuran kami. Anda berserta ibu bapa dijemput hadir ke sesi tapisan dan taklimat dua hala bersama pegawai penempatan pengajian kami bagi penyampaian maklumat lengkap berkenaan dana biasiswa yang disediakan. Di sesi itu juga, kami akan menjalankan sesi temuduga ringkas untuk menapis tahap pencapaian akademik dan sahsiah diri calon.
03. BANTUAN DAN BIASISWA YANG DI TAWARKAN:
- Pembiayaan/Biasiswa yuran pengajian 100%**
- Kemasukan ke program pengajian dengan Percubaan SPM2020
- Elaun Sara Hidup RM 300- RM 700 sebulan semasa pengajian berjalan**
- Penginapan percuma** dan disediakan sepanjang pengajian
- Penempatan pekerjaan 100% selepas menamatkan pengajian**
(**pasti dan tertakluk kepada terma dan syarat)
04. Program saranan yang ditawarkan:
ALIRAN SAINS/ SEPARA PERUBATAN U29 (Lulus SPM: 1- 5 Kepujian/Kredit) | ALIRAN KEMANUSIAAN (Lulus SPM: 1-3 Kepujian/ Kredit) |
---|---|
DIPLOMA OPTICIANRI | DIPLOMA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG |
DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN | DIPLOMA PENTADBIRAN PERNIAGAAN |
DIPLOMA SAINS KESIHATAN | DIPLOMA PERAKAUNAN |
DIPLOMA FISIOTERAPI | DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL |
DIPLOMA KEJURURAWATAN | DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT |
BIDANG ASASI | DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK |
ASASI SAINS (SPM Aliran Sains 5 Kepujian) | DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (Program Khas) |
ASASI Perniagaan dan Seni (SPM Aliran Sastera 5 Kepujian) |
05. Dokumen yang perlu disediakan semasa sesi tapisan adalah Salinan Keputusan Percubaan SPM2020 atau rekod akademik sekolah, salinan Kad Pengenalan Calon, surat bantuan BSH keluarga (jika ada), menyediakan yuran pra-pendaftaran dan permohonan biasiswa RM 150 (Pembayaran hanya dibuat seandainya LULUS TAPISAN sahaja) dan hadir bersama ibu/bapa.
06. Calon diminta untuk HADIR 15 minit lebih awal di ketetapan berikut:
Bil. | Tempat | Tarikh | Masa | Kuota |
1 | PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR DAERAH KUALA SELANGOR, KOMPLEKS PKNS KUALA SELANGOR | 4/04/2021 | 10 AM -4 PM | 25 |
2 | PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR DAERAH KLANG | 5/04/2021 | 10 AM-4PM | 19 |
S.O.P/PKP/PKPP. Calon diminta untuk membuat pengesahan kehadiran secara RSVP dengan menghantar pengesahan kehadiran melalui pautan laman sesawang ini seperti di bawah. Calon hanya perlu menekan butang “YA” dan melengkapkan butiran yang diminta. Sila maklum bahawa, pengesahan kehadiran ini adalah penting bagi penetapan slot “1 calon dalam 1 masa”. Calon dilarang untuk membuat pengesahan berulang kali.
Sekian. Terima Kasih,
“PENDIDIKAN TUNJANG GENERASI”
Yang benar,
Unit Penempatan dan biasiswa Pengajian
(surat ini adalah cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan)*